Ketua Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan bahawa tiada bukti yang menyokong sekatan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca dalam mana-mana populasi.
Namun, Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke memaklumkan agensinya akan terus memantau dan mengkaji laporan kajian kes-kes baharu yang dilaporkan berkenaan dakwaan pembekuan darah.